Skip to main content
Soalan<br>Lazim

Frequently
Asked Question

Contact
Us

Feedback
& Report

Site
Map

Ketua Pegawai Digital

Ketua Pegawai Digital (CDO)

Terma Rujukan Ketua Pegawai Digital (CDO) MARDI

  1. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT MARDI serta bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah MARDI.
  2. CDO akan meneraju perkara berkaitan teknologi digital, infrastruktur data, tadbir urus data, analitis data, literasi digital, data terbuka dan teknologi pintar.
  3. Memimpin dan melibatkan MARDI dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek ICT yang membawa perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran MARDI.
  4. Meneraju perubahan seperti dalam Pelan Strategik ICT (ISP) MARDI yang mengandungi perancangan penggunaan ICT bagi menyokong pencapaian matlamat MARDI.
  5. Melaksanakan penggunaan dasar,standard dan amalan terbaik ICT.
  6. Memperkemaskan dan menyepadukan proses-proses yang cross functional antara PTJ/jabatan/agensi bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.
  7. Menentu hala tuju inovasi dan penggunaan ICT melalui aplikasi dan infrastruktur ICT yang utuh dan selamat serta berdasarkan kepada ciri modular, connectivity, inter­operability, portability dan kos efektif.
  8. Mempromosikan kegunaan ICT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik MARDI dan bertindak sebagai agen dan perintis perubahan (champion of change)
  9. Memastikan keperluan keselamatan ICT dilaksanakan dan dikuatkuasakan.
  10. Menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam atau luar MARDI.
  11. Semua CDO akan melaporkan pelaksanaan dan kemajuan transformasi pendigitalan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN)/ Ketua Setiausaha Kementerian (KSU).

DR. SANIMAH BINTI SIMOH
Ketua Pegawai Digital (CDO)
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel: 03-8953 6002

Read more …Ketua Pegawai Digital

  • Last updated on .
  • Hits: 3741

Menteri dan Timbalan Menteri

YB DATUK SERI HAJI MOHAMAD BIN SABU
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Tel: 03-8870 1001
E-mel: mohamad.sabu@kpkm.gov.my
 

YB DATUK ARTHUR JOSEPH KURUP
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Tel:  03-8870 1012
E-mel:  arthur@kpkm.gov.my
  • Last updated on .
  • Hits: 3792

Sejarah

MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.

Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.

MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.

Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.


Visi kepimpinan MARDI telah berkembangan daripada pembangunan keupayaan, penubuhan sistem penanaman dan perladangan ke arah pengkomersilan teknologi, pengurusan kualiti menyeluruh dan budaya kecemerlangan bagi mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Peristiwa penting yang menyumbang kepada pembangunan MARDI termasuklah:-

  • Pindaan Akta MARDI dalam tahun 1990 telah membenarkan penglibatan MARDI dalam aktiviti pengkomersilan. Hasil dari pindaan tersebut, MARDITech Corporation Sdn. Bhd. telah ditubuhkan dalam tahun 1992. Pindaan Akta kedua dilakukan pada tahun 2002 untuk mengizinkan lebih banyak ruang ke arah pengkomersilan

  • Dengan usaha gigih dalam pengurusan kualiti, MARDI telah dianugerah sijil MS ISO 9001:1994 pada tahun 1998. Sijil ini ditingkatkan ke MS ISO 9001:2000 pada tahun 2004. Makmal analisis MARDI juga telah diakreditasikan dengan MS ISO/IEC 17025 (kimia dan mikrobiologi makanan dan pertanian pada tahun 2001 dan residu pestisid pada tahun 2006)
     
  • Pengukuhan sistem penyampaian teknologi sebagai sebahagian dari pendekatan inovasi menyeluruh dilaksanakan dengan penubuhan test-bed dan inkubator teknologi pada tahun 2005 sebagai komponen program pembangunan usahawan
     
  • Membudayakan pengurusan pengetahuan dalam sistem operasi MARDI mulai tahun 2005
     
  • Penstrukturan semula organisasi supaya kedudukan MARDI selaras dengan tuntutan semasa. Struktur terkini telah berkuat kuasa pada 1 Februari 2002
     
  • Penubuhan beberapa stesen penyelidikan tambahan berasaskan zon agro-iklim dalam negara, termasuk di Sarawak dan Sabah. Stesen di luar negara juga pernah ditubuhkan seperti di Mali dan Malawi di Afrika
     
  • Pengiktirafan di peringkat antarabangsa dicapai melalui jalinan kerjasama dengan organisasi penyelidikan dan universiti di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Australia, Taiwan, China, negara-negara ASEAN dan juga EU
     
  • Penyelidikan usaha sama juga dilaksanakan dengan institusi penyelidikan antarabangsa seperti INIBAP, ACIAR, IRRI, IPGRI, CABI, ABC (Hungary), AVRDC, EU/ALTERA Greenworld Research, IAEA dan FAO. Perundingan teknikal mengenai pembangunan pertanian juga ditawarkan kepada negara Kyrgyzstan, Bosnia-Herzegovena, Syria, Qatar, Kampuchea dan Ivory Coast
     
  • MARDI Corporation Sdn. Bhd.  juga turut terlibat dalam mempromosikan hasil aktiviti MARDI di peringkat dalam dan luar Negara.

Read more …Sejarah

  • Last updated on .
  • Hits: 20928

Peneraju MARDI

Info MARDI

Peneraju MARDI