Apakah kursus/ latihan yang ditawarkan MARDI? Siapakah yang layak untuk memohon kursus tersebut, dan bagaimanakah caranya?
Jawapan:
MARDI menawarkan kursus yang berkaitan dengan pertanian, iaitu kursus yang berteraskan teknologi makanan, ternakan, tanaman dan teknologi lanjutan. Kursus adalah terbuka kepada semua warganegara yang berumur 18 tahun ke atas. Permohonan boleh dibuat secara online di Portal MARDI (Borang Permohonan Kursus). Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Program Pemindahan Teknologi Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI- UPM 43400 Serdang, Selangor (Pn. Shariah Loh binti Long) Tel: 03- 8953 6834/ 6830/ 6829 Whatsapp: 012 896 2310 Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan bagi menjalani latihan industri/ praktikal di MARDI?
Jawapan:
Untuk menjalani latihan industri/ praktikal di MARDI, Permohonan boleh dibuat secara online di https://eli.mardi.gov.my (Sistem Pengurusan Latihan Industri MARDI) atau permohonan secara bertulis hendaklah dibuat melalui pensyarah, ketua jabatan atau dekan kepada:
Pengarah
Pusat Pengurusan Sumber Manusia MARDI
Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI- UPM 43400 Serdang, Selangor
(u.p. Timbalan Pengarah, Program Latihan & Kompetensi)
Saya ingin membeli buku terbitan MARDI. Bagaimanakah boleh saya dapatkan senarai terbitan terkini yang dijual dan siapakah yang perlu saya hubungi untuk mendapatkannya?
Jawapan:
Senarai terbitan MARDI boleh diperolehi dengan melayari laman kedai buku MARDI (http://ebookshop.mardi.gov.my) yang turut menawarkan khidmat jual beli secara online. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Kedai Buku MARDI Pusat Komunikasi Korporat Blok A6 Ibu Pejabat MARDI Persiaran MARDI-UPM 43400 Serdang, Selangor
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Telefon: 03-8953 6921
Waktu Operasi : (8.00 pagi – 4.30 petang)
Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam bidang perniagaan makanan?
Jawapan:
Untuk mendapatkan khidmat nasihat, anda boleh menulis surat atau datang ke pejabat kami di Ibu Pejabat MARDI Serdang untuk berbincang dengan pegawai kami. Alamat surat menyurat adalah seperti berikut:
PENGARAH Pusat Pemindahan Teknologi & Pembangunan Usahawan (TE) Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI- UPM 43400 Serdang, Selangor
Telefon : 03-8953 6800 No.Faks : 03-8953 6777
Adakah MARDI menyediakan kemudahan menganalisis sampel makanan? Siapakah yang boleh saya hubungi untuk menghantar sampel tersebut untuk dianalisis?
Jawapan:
MARDI ada menyediakan perkhidmatan analisis bagi sampel makanan dan pertanian. Makmal analisis terdiri daripada Makmal Analisis Kimia Pertanian, Makmal Analisis Kimia Makanan dan Makmal Analisis Mikrobiologi Makanan. Sebarang pertanyaan berkaitan analisis sampel boleh dialamatkan kepada:
MARDILab Blok A9, Ibu Pejabat MARDI 43400 Serdang, Selangor.
Tel : 03-8953 6919 / 8953 6901 E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Faks : 03-8953 6946
D10
MAKMAL ANALISIS KIMIA PERTANIAN
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
D23A
MAKMAL ANALISIS KIMIA MAKANAN
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
D23B
MAKMAL ANALISIS MIKROBIOLOGI MAKANAN
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bagaimanakah MARDI dapat membantu bakal usahawan atau usahawan yang sedia ada?
Jawapan:
Pusat Pemindahan Teknologi & Pembangunan Usahawan mempunyai pelbagai program untuk membantu bakal usahawan dan usahawan yang sedia ada melalui program seperti:
i. Khidmat sokongan: Khidmat nasihat teknikal berkaitan dengan teknologi di samping latihan sangkut dalam teknologi pemprosesan makanan. Bagi latihan sangkut bayaran yang minimum dikenakan.
ii. Khidmat bimbingan: Memberi bimbingan dalam pelbagai bidang dengan objektif utama ialah membangunkan usahawan berasaskan teknologi yang mempunyai daya saing.
iii. Usahawan Anak Angkat MARDI: Usahawan akan diberi bimbingan secara menyeluruh bukan sahaja dari segi teknologi bahkan dalam bidang perniagaan bersama dengan agensi lain yang berkaitan seperti SMIDEC, MARA, SME Bank dan lain-lain lagi.