Skip to main content
Soalan<br>Lazim

Soalan
Lazim

Hubungi<br>Kami

Hubungi
Kami

Maklum Balas<br>& Aduan

Maklum Balas
& Aduan

Peta<br>Laman

Peta
Laman

Latar Belakang dan Sejarah

Info

Latar Belakang & Sejarah

PROFIL MARDI

mardi_sej mardi _sej2

MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.

Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.

MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.

Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.

Visi kepimpinan MARDI telah berkembang daripada pembangunan keupayaan, penubuhan sistem penanaman dan perladangan ke arah pengkomersialan teknologi, pengurusan kualiti menyeluruh dan budaya kecemerlangan bagi mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Baca selanjutnya: Latar Belakang dan Sejarah

  • Last updated on .
  • Hits: 21307

Prolog Ketua Pengarah

PROLOG KETUA PENGARAH MARDI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua yang melayari laman web rasmi MARDI.

MARDI adalah badan berkanun yang menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan, pertanian dan industri asas tani. Sehingga kini, MARDI menghasilkan pelbagai varieti tanaman, baka ternakan, serta teknologi dalam pemprosesan makanan dan pengurusan hasil pertanian. Teknologi ICT digunakan dalam pengurusan ladang seperti penanaman tepat untuk padi dan pengimejan untuk anggaran hasil tanaman.

Selain penyelidikan, MARDI juga menyediakan khidmat teknikal dan pembangunan usahawan dalam bidang tersebut. Usahawan yang mengguna pakai teknologi MARDI telah membantu memajukan sektor pertanian negara. MARDI juga menyumbang kepada ilmu pertanian global melalui penerbitan, persidangan dan kerjasama dengan institut penyelidikan serta universiti.

Laman web MARDI dikemas kini dengan maklumat terkini mengenai aktiviti penyelidikan, pencapaian dan produk terbaru. Laman web ini juga memudahkan akses kepada informasi dalam bidang pertanian tropika dan makanan.

Bagi pihak MARDI, saya mengucapkan terima kasih dan selamat melayari laman web MARDI dan sila hubungi kami jika anda memerlukan maklumat lanjut. Terima kasih.

YBhg. Dato' Dr. Haji Mohamad Zabawi Abdul Ghani

Ketua Pengarah MARDI
1 Januari 2025

Baca selanjutnya: Prolog Ketua Pengarah

  • Last updated on .
  • Hits: 10727

Utama

Baca selanjutnya: Utama

  • Last updated on .
  • Hits: 1117668