Skip to main content
Soalan<br>Lazim

Soalan
Lazim

Hubungi<br>Kami

Hubungi
Kami

Maklum Balas<br>& Aduan

Maklum Balas
& Aduan

Peta<br>Laman

Peta
Laman

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

LATAR BELAKANG

  1. Stesen MARDI Tanjong Karang bermula sebagai Pusat Penyelidikan Jabatan Pertanian Persekutuan dan telah diserahkan kepada MARDI pada tahun 1971 bertujuan membangunkan teknologi untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani tempatan.
  2. Pada 27 Mac 2019, prapembukaan Taman Agroteknologi MARDI (TATMTK) telah dibuat dan telah mendapat sambutan sangat baik dari pelajar sekolah, masyarakat sekitar dan juga pelancong luar negara.
  3. TATMTK telah dirasmikan pembukaannya pada 30 Julai 2023 oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan (KPKM) iaitu YB Tuan Chan Foong Hin.

TARIKAN UTAMA

  1. Galeri Inovasi Padi telah dibangunkan sebagai simbolik kepada pengorbanan pesawah menanam padi sebelum diproses menjadi beras.
  2. Antara tarikan TATMTK adalah laman sawah dan aktiviti berasaskan sawah padi seperti serkap ikan, pancing ikan dan mencendung padi. Selain itu, TATMTK turut mempunyai laman kelulut, laman buah-buahan nadir dan menara tinjau di samping menawarkan aktiviti santai seperti bersampan dan berbasikal.

PENCAPAIAN

  1. TATMTK telah menjadi tumpuan penggambaran untuk stesen TV tempatan seperti Ronda-ronda Ramadan, Singgah Santai. Selain itu, stesen ini turut mengadakan jalinan kerjasama dengan pengusaha inap desa di kawasan setempat. Tambahan pula, TATMTK menjadi tempat rujukan untuk agropelancongan dari negeri Perak dan sekitarnya.
  2. TATMTK sangat proaktif mempromosikan taman agro kepada agensi pelancongan Singapura dengan penyertaan program B2B yang dikendalikan oleh Tourism Malaysia dan Singapura.
  3. TATMTK telah menerima kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara seperti Jepun, German, Laos, Filipina dan lain-lain. Manakala jumlah pengunjung yang pernah hadir direkodkan melebihi 13,000 orang.